Program Sampingan

Travelog ET

Acara sampingan yang disediakan secara PERCUMA kepada orang ramai bertujuan memberi pendedahan dan ruang untuk ahli keluarga yang menemani ibu bapa mereka mengikuti seminar untuk bersantai sambil menimba ilmu dan pengetahuan.

Tayangan video
Anda berpeluang menonton video-video yang dihasilkan GPTD meliputi rangkuman aktiviti dan filem pendek yang telah merangkul tempat ketiga dalam pertandingan Filem Pendek bercirikan Islam.

Pameran GPTD
Di sini anda dapat berkenalan dengan relawan selain melihat aktiviti yang pernah dijalankan untuk mengenali GPTD dengan lebih dekat lagi. Para relawan bersedia untuk menjawab persoalan yang dibangkitkan. Pendaftaran keahlian juga akan dibuka kepada umum.

Peraduan Mewarna
Peraduan mewarna diadakan untuk kanak-kanak berumur di bawah 12 tahun di ruang legar Auditorium. Aktiviti ini diadakan bagi membolehkan anak-anak disibukkan dengan aktiviti sambil ibubapa mereka mengikuti seminar di dalam Auditorium. Hasil tercantik akan mendapat hadiah daripada pihak penganjur.

Jualan
Beberapa booth jualan akan dibuka untuk pembelian oleh para pengunjung. Antara jualan yang terdapat di sini ialah jualan buku, pakaian, cenderamata, dan kuih-muih.

Pameran manuskrip
Pameran manuskrip-manuskrip lama yang menjadi koleksi DBP didedahkan di khalayak ramai untuk menambat minat orang awam tentang catatan-catatan hebat orang Melayu dalam pelbagai bidang. Para pengunjung akan ditunjukkan sebahagian daripada manuskrip ini dan selebihnya dijemput untuk menatapnya di Pusat Dokumentasi Melayu di Tingkat 4 Menara DBP.

Selain itu, terdapat juga sesi perkongsian dan perbincangan di perkarangan luar auditorium iaitu:

Penerangan GPTD
Sesi ini akan disampaikan oleh wakil relawan GPTD kepada mereka yang berminat untuk menyertai GPTD. Sesi ini diadakan secara dua hala di mana para pengunjung boleh langsung bertanya sewaktu penerangan dibuat. GPTD mengambil pendekatan agar sesiapa yang ingin menyertainya perlu benar-benar mengenali dan memahami pergerakan GPTD.