Program Utama

Program utama ini dikhususkan kepada para peserta dengan bayaran yuran yang telah ditetapkan. Program ini diadakan di dalam Auditorium DBP dan terhad kepada 400 orang peserta sahaja. Peserta bebas untuk keluar masuk Auditorium pada bila-bila masa sepanjang konvensyen berlangsung untuk menikmati free flow makanan dan minuman ringan selain urusan peribadi.

Pembentangan Makalah
Dibentangkan oleh para ilmuwan yang mahir dalam bidang yang bakal dibentangkan. Setiap pembentang diberikan masa selama 40 minit diikuti 15 minit untuk sesi soal jawab sebelum perkongsian ringkas projek Jejak Sejarah di China dimulakan.

Perkongsian ringkas projek Jejak Sejarah di China GPTD
Perkongsian ringkas oleh relawan GPTD yang pernah mengikuti projek menjejaki sejarah dan tamadun China di luar negara bersama-sama dengan seorang wakil daripada negara berkenaan. Antara misi-misi yang akan dikongsikan ialah dalam menjejaki Sejarah Laksamana Cheng Ho dan perkongsian daripada waris Cheng Ho.

Pernyataan Resolusi
Presiden GPTD akan membacakan pernyataan resolusi berdasarkan cadangan yang dikemukakan oleh para pembentang dan peserta untuk makluman semua. Resolusi ini akan diperhalusi oleh GPTD bersama wakil-wakil belia Melayu dari luar negara untuk diambil tindakan.

Main Poster KKD2016